Tuesday, 18 September 2012

Bila Cinta Bukan Lagi Milik Kita.

Assalamualaikum ^^v

setiap hari aku tunggu kau. kau ingat tak masa kite mula-mula kenal dulu? masa kite mula-mula couple tu? kau ingat lagi? masa tu aku tak tahu perasaan aku terhadap kau ape sebab time tu aku tengah frust. kalau boleh setiap hari kite gaduh walaupun bende yang kite gaduhkan tu cume sebab tak reply masej. ok, lawak juga time tu macam budak kecik pula kita :)
kau ingat tak masa kau mula-mula nak pergi Port Klang? sebab kau kate kau nak kerja so aku kena tunggu kau kat sini. kau pesan kat aku " bby, kalau ade masalah bagitahu bie ok? jangan nakal-nakal kat sini. tunggu bie balik jangan nak gatal-gatal dengan orang lain bie banyak spy kat sini " time tu aku happy sangat sebab aku rasa kau sayang aku. sepanjang kau kat sana, aku selalu tunggu kau then kite tak pernah pun gaduh. semuanye ok je, sampai la kau balik sini, bila kau cuti kite jarang jumpa tapi aku bahagia. kau tak macam mase mula-mula aku kenal kau. kau selalu buat aku happy, bahagia. dulu aku selalu sedia bila kau nak tinggalkan aku tapi saat aku mula cintakan kau, aku taknak kehilangan kau sebab kau la satu-satunya lelaki yang boleh buat aku menangis dan ketawa dalam satu masa.
setiap masa berlalu dengan begitu pantas, kau berubah tanpa aku tahu sebabnye. 10 bulan aku kenal kau, nama kau sentiasa ada dalam hati aku. setiap perkara yang berlaku mesti berkait dengan kau. aku tak tahu apa maksudnya? itu ke cinta ? atau itu hanya permainan hati aku? aku selalu berharap kau ada disamping aku, macam dulu. entah kenapa dan apa alasan kau, kau tiba-tiba menghilang tanpa pedulikan masej dan call aku. mungkin dah tiba masanya kita berpisah, aku redha kalau kau nak pergi aku harap kau bahagia dengan orang baru :)

Muhammad Akmal Bin Asman nama kau sentiasa terukir dalam hati aku walaupun kau bukan milik aku lagi :)

No comments:

Post a Comment