Wednesday, 26 September 2012

adakah ini hikmahnya?

hew, heew... ehh, lupa lak. Assalamualaikum ^^v

hari ini aku takde mood kat sekolah, kejap-kejap ok, kejap-kejap aku melenting.. opss, sorry Faizol die yang tempat aku lepaskan marah aku. kesian die hahaha!!! aku tak tahu la sejak kebelakangan ni aku mcm takde semangat nak gi sekolah. kau orang nak tahu kenapa? meh cek citaq..

ehem-ehem, sebenarnya aku couple dengan seorang mamat niey. buat masa ni aku terpaksa di rahsiakan atas disebabkan urusan tertentu. acehh, Muhammad Akmal Asman ? aku anggap die mase silam aku. masa ni la aku nak bangkit dari tidur yang panjang. ok, dah cukup sambung cite ni.. haritu aku gaduh dengan die sebab ape? sebabnye aku la yang tetibe nak mengamuk. hambek kaw " dah la kite kawan je " hmm, mulut takde insurans lansung then kat sekolah dah macam tikus aku ni sebab syg aku tengok aku slek je. Omg!!! you marah ekh?? haruslah kan. hmm, sorry dear. mulut kite jahat :(

sepanjang beberapa hari ni, itu jela yang berlaku.. bile aku nampak die aku akan tengok je die tapi bile die pandang aku, aku pulak yang buat-buat tak nampak. hahaha!!! sedih ok, aku nak tegur die tapi takut die bla mcm tu je tak ke bengang? -,-

tapi tadi mase aku nak balik aku ternampak die keluar dari makmal, aku teringin nak tengok muka die, rindu kot <3 tapi aku bukan pergi kat die aku pergi kat kawan aku sebab tetibe je jantung aku berdegup laju. lol, apakah? nak dijadikan cerita, aku pun gi la bus stop nak tunggu ibu amek, then die datang kat aku. Omg!!! muke die comel. indahnya ciptaan Allah ni :) aku puji dalam hati je kalau puji depan-depan nanti seluar die koyak. hahahha.

then, cakap-cakap sampai ayah die sampai. balik rumah je ibu terus cakap " hey ika, ade surat untuk kau" aku malas nak ckp pape mesti surat dari kolej dari mana nak suruh aku sambung belajar la tu. hmm, malas nak tengok -,- sekali ibu cakap " weyh, ni surat dari SPA la" terus aku terdiam and berhenti. Ya Allah, itu lah yang aku nanti-nantikan selama ni. itu bermakna aku akan sambung belajar and terus dapat kerja sebagai nurse. huhuhu, rasa macam nak pitam kejap. aku siap boleh tanya ibu " yeke surat tu untuk ika? entah-entah die salah hantar surat" cehh, dalam jantung dupp dapp duuppp dapp tu., haaa, betul la surat untuk aku...

yes, aku memang nak pergi.. giler kau taknak??? itu peluang untuk aku. terima kasih Ya Allah kerana bagi aku peluang sekali lagi. kau maha pemurah lagi maha pengasih :) happy giler seyh, yela walaupun baru temuduga itu dah cukup ok untuk aku. dan sekarang ni aku tengah serabut macam mane aku nak lepas dari interview tu sebab aku ni ade darah gemuruh. haishh!!!! aku nak sangat belajar kat situ.. aku harap ade lagi peluang supaya aku tebus semuanya..

dalam setiap perhubungan pasti ade masalah kan? dan hari ni aku bahagia sangat bile aku dapat baik semula dengan syg aku then aku dpt berita baik bile dapat temuduga tu.. haishh, rasa tak sabar aje:)

Monday, 24 September 2012

pergilah sejauh yang kau mahu :)

hey-hey.. assalamualaikum ^^v

awak-awak, thanks ye sebab lepas jua rindu saya selama ni tp maaf hati saya sakit, saya tak tahu kenapa hati saya mcm tawar jea dengan awak semalam. awak, kenapa baru semalam awak muncul then baru nak text saya. yup, saya happy awak text saya tapi pada masa yang sama hati saya sakit. selama awak tinggalkan saya, saya rasa down tapi takde la seteruk sangat. saya fikir dengan matang kalau awak bukan milik saya selamanya bukan. kan ?

awak, saya masih sayang awak mcm dulu, saya masih tunggu awak mcm dulu. cuma saya lepaskan awak sebab saya nak awak berubah jadi yg lebih baik. saya tahu takde manusia yang sempurna dan saya pun nak juga berubah untuk  jadi yang terbaik dalam hidup saya :)

awak, saya nak sangat awak, muhammad akmal bin asman menjadi pelindung diri dan cinta saya sampai akhir waktu. saya nak awak jadi pbimbing saya, jadi imam untuk saya setiap kali kite solat :) saya nak awak selalu ada dengan saya... itu jea saya minta dengan awak... akmal, jadikan saya yang halal untuk awak :')

Friday, 21 September 2012

cinta tak semestinye bersatukan?

gambar yang terakhir aku dengan dia <3


betul ke ape yang aku buat? mungkin betul kot. kenapa ye aku tak boleh nak lupakan kau mcm mane kau lupakan aku? selama 11 bulan kite bersama macam-macam aku rasa. tapi sekarang kau dah lain, dah berubah. sikap kau, cara kau. semuanya... akmal, aku rindukan kau! setiap perkataan " I LOVE YOU" dr mulut kau bagaikan mimpi ngeri untuk aku sebab aku tak mampu nak dengar lagi perkataan ni keluar dari mulut kau, sungguh aku rindu dengan hamba Allah yg seorang ni. kenapa ye kite diduga mcm ni? betul ke ape yang aku rasa?

masej yg aku nak sangat die jwab " pernah tak kau mencintai aku? walaupun seminit dua, pernah tak kau rasa sayang dan cintakan aku? mencintai aku sebagai Nurul Syafiqah Ram Rose? "

akmal, aku harap sangat kau balas masej aku, aku nak tahu isi hati kau. sekiranya jawapan kau tidak, aku faham sebab itu yang aku rasakan. aku selalu bermimpi kau berada disini, disamping aku tapi aku tahu semua tu hanya mimpi dan angan-angan aku. ye akmal, aku tak pernah rasa cinta kau tapi aku tak tahu kenapa kau buat aku tenang. bila aku fikirkan kembali, ouuhhh ye, itu cume mainan hati. kalau mainan hati kenapa ye aku selalu mimpikan kau? dalam mimpi tu aku rasa bahagia sangat dan aku harap semua tu realiti kalau boleh aku taknak ade sesiapa kejutkan aku dari mimpi ni. tapi, semua tu hanya mimpi kan? mainan tidur :/ realitinya, adalah mimpi yang ngeri untuk aku sebab aku terpaksa hilang kau. tolong kejutkan aku akmal! aku tahu kau takkan mendengar.

kau dah pergi dan takkan kembali... Ya Allah, tolong la hapuskan perasaan aku ini terhadap dia :')

Wednesday, 19 September 2012

Hanya Kamu Yang Ku Mahu

Assalamualaikum,, hye all :)

cehh, "all" konon, macam la ade yang baca blog aku niey hahaha ^^V takpe la tak kisah la semua tu. aku buat blog nie sebab aku nak luahkan aje ape yang aku rasa. sesiapa yang follow aku tu thanks ya walaupun sebenarnye aku yg promote blog sendiri. muka tak malu memang macam ni :P ade aku kesah? dah fieqa stop merepek. btw, aku rindu kawan-kawan aku yang ada kat perantauan tu :/ giler tak rindu? tapi aku tak tahu la dieorang rindu aku ke tak. hope kau orang rindu aku la.

tadi kat sekolah, aku dapat paper MUET. band 2 je? oh my english!!!! macam mane aku pass niey -,-' pening fikir pasal muet tu. susah tu susah la juga, tapi aku ada banyak masa lagi nak improve english aku. ohh myy!! takut sebenarnye. kat sekolah aku selalu je mengelamun tu dah 1 kes, belum lagi masuk aku tidur time BM and SEJ -,- entah kenapa subjek favorite aku niey la yang selalu aku akan rasa mengantuk tahap gaban. hmm, sampaikan cikgu aku cakap die nak tukar bidang lain. kate die nak jadi penyanyi sebab tiap kali die buka mulut aku mengantuk time die tutup mulut aku segar. hahaha, maaf cikgu, suara cikgu dodoikan saya ^^v

"ku kan selalu mencintaimu takkan ku bohongi hati ini, hanya kamu yang ku mahu cuma kamu yang ku rindukan, saat kau tak disini"
* takkan pisah by randy pangalila...

aku selalu dengar lagu ni sebab lagu ni aku tujukan khas untuk someone yang aku cinta sampai mati. siapa lagi kalau bukan the apple of my eyes muhammad akmal asman. awak, saya rindu awak sangat-sangat. kalau boleh aku nak sangat Allah bagi aku masa untuk aku and dia. untuk hubungan kami yang aku sendiri tak tahu. it's complicated! hari-hari yang sebelum ni, aku try masej die elok-elok tapi takde respon pape pun -,- sedih kan? whatever la. so, aku dapat idea bagi die masej bebanyak, panjang-panjang, cakap bukan-bukan tuduh bukan-bukan and akhirnye die balas pun. walaupun dalam masej tu die marah aku, tapi aku tak sedih pun sebab time tu senyum aku sampai ke telinga. Allah je tahu macam mane aku rindu die :) awak, sorry sebab buat tension sebab dapat makwe yang giler macam saya. aku bersyukur sangat die masih nak reply masej aku walaupun sekali je. lepas tu aku minta maaf dengan die, dah buat salah mesti la minta maafkan aku taknak die salah faham dengan aku sebab aku memang sengaja buat die marah. tapi aku yang happy dapat masej die. kalau boleh aku nak bagitahu setiap orang dalam dunia ni aku cintakan akmal seorang saje :) huhu...

p/s : awak, izinkan saya duduk di dalam hati awak untuk selamanya boleh?
p/ss : saya sayang and cintakan awak sampai mati ^^v

maaf, entry niey panjang dan bosan sebab akhir sekali aku cerita pasal hubby aku . trolololo

Tuesday, 18 September 2012

Bila Cinta Bukan Lagi Milik Kita.

Assalamualaikum ^^v

setiap hari aku tunggu kau. kau ingat tak masa kite mula-mula kenal dulu? masa kite mula-mula couple tu? kau ingat lagi? masa tu aku tak tahu perasaan aku terhadap kau ape sebab time tu aku tengah frust. kalau boleh setiap hari kite gaduh walaupun bende yang kite gaduhkan tu cume sebab tak reply masej. ok, lawak juga time tu macam budak kecik pula kita :)
kau ingat tak masa kau mula-mula nak pergi Port Klang? sebab kau kate kau nak kerja so aku kena tunggu kau kat sini. kau pesan kat aku " bby, kalau ade masalah bagitahu bie ok? jangan nakal-nakal kat sini. tunggu bie balik jangan nak gatal-gatal dengan orang lain bie banyak spy kat sini " time tu aku happy sangat sebab aku rasa kau sayang aku. sepanjang kau kat sana, aku selalu tunggu kau then kite tak pernah pun gaduh. semuanye ok je, sampai la kau balik sini, bila kau cuti kite jarang jumpa tapi aku bahagia. kau tak macam mase mula-mula aku kenal kau. kau selalu buat aku happy, bahagia. dulu aku selalu sedia bila kau nak tinggalkan aku tapi saat aku mula cintakan kau, aku taknak kehilangan kau sebab kau la satu-satunya lelaki yang boleh buat aku menangis dan ketawa dalam satu masa.
setiap masa berlalu dengan begitu pantas, kau berubah tanpa aku tahu sebabnye. 10 bulan aku kenal kau, nama kau sentiasa ada dalam hati aku. setiap perkara yang berlaku mesti berkait dengan kau. aku tak tahu apa maksudnya? itu ke cinta ? atau itu hanya permainan hati aku? aku selalu berharap kau ada disamping aku, macam dulu. entah kenapa dan apa alasan kau, kau tiba-tiba menghilang tanpa pedulikan masej dan call aku. mungkin dah tiba masanya kita berpisah, aku redha kalau kau nak pergi aku harap kau bahagia dengan orang baru :)

Muhammad Akmal Bin Asman nama kau sentiasa terukir dalam hati aku walaupun kau bukan milik aku lagi :)